Delta... In Memory
Sempena cuti sekolah, kedua-dua adik dan anakku telah diberi tugasan menyiapkan buku skrap keluarga dengan mengimbas gambar-gambar alam kanak-kanak kami. memang takder keje, tapi daripada duduk membonkang di depan tv, baik buat sesuatu berfaedah, ye tak?
Sekurang-kurangnya mereka dapatlah menghargai apa yang tinggal dalam keluarga Encik Jamil ini sebab jarak umur kami yang jauh di antara adik beradik tidak banyak merapatkan hubungan sesama sendiri kerana era persekolahan dan kanak-kanak sangat berbeza. Yerla, dulu kartun transformer, Thundercats, Jem, Smurf, Moero Attack sudah cukup mewarnai hidup kami, adik-beradik tua ini, tidak perlu saluran tambahan Astro Ceria, Cartoon Network dan sebagainya. Best kan zaman kecik kecik?
Setelah tengok hasil scan, aku terjumpa plak koleksi binatang peliharaan kesayangan aku yang aku rasa the best pet ever. Delta, diberi nama sempena Kompeni bapaku, dijumpai di hutan Grik semasa ayah aku beroperasi jaga sempadan. Troop ayah aku tertembak mak Delta kerana tidak sengaja melalui kawasan mereka dan mak Delta mengamuk sakan. Tiba-tiba terdengar pula bunyi
Bela beruang ni macam bela anjing, kena bagi mandi sekurang-kurangnya sekali dalam 2 hari. Kalau tak, mak ai, bau dia macam anjing yang sangat busuk. Sangat manja macam kanak-kanak kecil. Lasak macam budak lelaki 3 tahun ke atas. Dan mungkin dia mamalia omnivor, apa kami makan, semua dia boleh masuk. ehheheheh.
Oleh kerana Delta merupakan binatang di bawah perlindungan Perhilitan, selepas beberapa bulan, kami terpaksa menghantar beliau ke Zoo Kuala Krai (masa tu kami tinggal di Kelantan) .Aku masa tu menjerit histeria kerana pegawai jabatan datang bawak kandang di dalam 4 wheel itu. Sedey siot sebab Delta tu umpama adik-beradik kami. Dialah clown in the family dengan aksi lucu mengejar penjual karpet atau salesmen yang datang ke rumah. Diorang ingat Delta itu anjing mula-mulanya.
Setiap cuti sekolah, kami akan melawat Delta sehingga kami sekeluarga transfer ke Selangor.
Apa jadi dengan Delta sekarang ek?




Wow... Beruang sbgai pet? Cool!!
ReplyDeletewahhhhh bestnyeh! aku nak bela harimau ah =) nak ada macam safari belakang rumah. mcm best gile. hihihihihi
ReplyDeleteaku nak bela kuda padi. boleh jalan-jalan KL malam minggu
ReplyDeleteNaz- Bela beruang memang cool, tapi penat macam layan anak kecil. :)
ReplyDeleteMala- Eksotik Idea Safari kat belakang rumah. Terbayang watak Tarzan dan Jane. Kinky u!
Hadi - aiyak, kuda padi di KL pada malam minggu, dengan awek hot dan seksi di belakang penunggang. Pergh,cuci mata ni.