Family Thing 2

Seperti dijangka, rumahku meletup bila Fatiha membawa mulut menceritakan perihal datuk dan nenek tirinya bershopping-shopping di Ikea kepada mak aku yang baru pulang dari Melaka. Mana tak angin perempuan itu , apabila adik lelaki aku membuat hal dengan bertumbuk dan bergaduh sakan dengan kawan sematriks, pengetua panggil kedua-dua ibubapa kerana mungkin melibatkan kes polis dan kemungkinan buang matrik terus. Alasan ayahku kerana tidak dapat datang bersama ialah dia sedang berada di Perak, rumah bininya itu. So, apa cerita apabila dia dan isterinya sibuk berangan-angan di Ikea?

Antara sebiji sofa dan masa depan adikku, mana yang lebih penting?

Sungguh pendek akal lelaki ini.


Comments

Popular Posts